Friday, March 30, 2012

BUDGET TRAVEL KE BUMI ENGLAND - PART I

Travel Date: Sept 22 to Sept 26, 2010



Sejak dari kecil lagi, aku mengidamkan untuk membawa diriku ke tanah Kepulauan British Isle. Tujuannya adalah tidak lain dan tidak bukan, untuk travel around Kepulauan British ini yang sememangnya terkenal dengan pengasas utama serta pendorong kepada Revolusi Perindustrian yang terjadi sekitar awal kurun ke-19, serta mengenali dan mendekati budaya, adat dan cara kehidupan masyarakat di sana. Alhamdulillah, dengan izin Allah dan hasil titik peluhku sendiri yang tidak seberapa, akhirnya pada bulan September 2010, tercapai jugalah apa yang telah aku idamkan ini.


Peta kedudukan England.
     Sedikit pengenalan tentang Englang. Geographycally, England terletak di benua Eropah barat. Walaupun terletak di benua Eropah, uniknya Kepulauan British di mana terletaknya England ini tidak bersambung dengan tanah besar Eurasia. Di Kepulauan British ini, England bersempadanan dengan Scotland di Utara, Wales di Barat dan dikelilingi English Channel di bahagian Selatan dan Laut Utara di bahagian Timur. Di seberang English Channel pula terletak negara Perancis, iaitu musuh dan juga kawan yang silih berganti peranannya sejak zaman berzaman manakala di seberang Laut Utara pula terletak negara Belgium dan juga Netherlands (Belanda). Kedudukan England di latitud yang tinggi ke Utara menyebabkan ia mengalami perbezaan suhu yang ketara sepanjang tahun dan juga menyebabkan negara ini mengalami empat musim yang berbeza - beza. Zon masa untuk England ialah GMT 0. 


     Politically, England merupakan salah satu daripada empat buah negara di bawah payung pentadbiran kerajaan monarki berparlimen United Kingdom of the Great Britain and Northern Ireland ataupun lebih dikenali sebagai UK. Pentadbiran kerajaan ini diterajui oleh Ratu Elizabeth II. Negara - negara lain yang turut berada di bawah payung ini adalah Scotland, Wales dan juga Northern Ireland. Pusat pentadbiran kerajaan ini adalah London yang juga merupakan kota terbesar di United Kingdom dengan populasi hampir 14 juta penduduk pada tahun 2010. Matawang yang digunakan bagi semua negara di bawah pentadbiran United Kingdom adalah Pound Sterling dengan nilai tukaran 1 Pound Sterling bersamaan lebih kurang 5 Ringgit Malaysia. Seperti yang sedia maklum, masih ramai yang keliru tentang istilah "United Kingdom" dan "England" yang mana rata - ratanya menganggap kedua - dua istilah itu merujuk kepada negara yang sama. Jawapannya adalah salah kerana kedua-dua istilah tersebut merujuk kepada subjek yang berbeza. Ini boleh diumpamakan dengan bola - bola lisut yang diisi di dalam sebiji mangkuk yang mana, mangkuk itu adalah United Kingdom dan bola - bola lisut itu adalah England, Northern Ireland, Scotland and Wales.


     Sebelum memulakan coretan tentang perjalanan aku ke England ini, terlebih dahulu, aku ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada AirAsia X dan juga Sasi The Don kerana telah memilih aku sebagai salah seorang pemenang peraduan Sasi The Don Concert in London. Hadiahnya berupa 2 tiket penerbangan pergi dan balik ke London menaiki AirAsia X. Wooowwww...! Lumayan sekali. Hik2. Akan tetapi, tiket itu tidak termasuk caj - caj yang lain dan juga cukai lapangan terbang, jadi aku perlu membayar lagi lebih kurang RM 417 setiap tiket untuk terbang ke sana. Peluang keemasan yang jarang - jarang sekali dapat ini tidak aku sia - siakan. Jadi, dengan hadiah 2 tiket ke London percuma ini, aku amat bersyukur kerana my dream dari kecil untuk ke bumi England tercapai juga akhirnya. Yeahh...! 


Hari Pertama (Rabu, Sept 22, 2010)     


OK, sekarang aku bermulalah kisah perjalananku yang serba bajet ke England. Oleh kerana aku dapat 2 tiket, jadi aku ajak kakak aku untuk menemani pengembaraan bajetku ini. Rakan - rakan aku semuanya masih lagi tidak berani diri untuk memulakan kehidupan hardcore budget traveler di tempat asing, jadi tiada seorangpun yang sanggup join walaupun sudah diajak berpuluh kali. Haha...! Disebabkan aku menerima tiket percuma daripada AirAsia X, jadi aku menaiki penerbangan AirAsia X dari Kuala Lumpur untuk ke London dari Terminal Tambang Rendah (LCCT) KLIA. Tanggal Sept 22, 2010 hari Rabu tepat pukul 12.30 tengah hari dengan penerbangan D7 2008, bermulalah pengembaraanku ke bumi England ditemani kakak aku seorang. 


Berjalan menuju ke pesawat di LCCT KLIA
Perjalanan kami le London mengambil masa lebih kurang 14 jam. Memandangkan AirAsia X tidak menawarkan servis percuma untuk in-flight entertainment, jadi aku telah siap sedia membawa laptop aku sendiri yang penuh dengan movie - movie yang baru didownload untuk tontonan di dalam pesawat. Jadi, terisi jugalah 14 jam masa kami itu walaupun bateri laptop aku hanya tahan 8 jam jer. Tepat pada pukul 7.30 malam hari yang sama waktu United Kingdom GMT 0, kami tiba di Stansted Airport, London. Stansted Airport merupakan salah satu daripada 5 buah lapangan terbang di sekitar kota London, England. Empat lapangan terbang yang lain ialah Heathrow Airport yang merupakan lapangan terbang utama, Gatwick Airport, London City Airport dan Luton Airport. Kebanyakan penerbangan tambang murah seperti Ryan Air dan Easy Jet menggunakan Stansted Airport sebagai pintu masuk utama ke London disebabkan caj yang dikenakan oleh pihak lapangan terbang ini lebih rendah. Jadi, kepada sesiapa yang nak jalan - jalan bajet menaiki kapal terbang tu, Stansted Airport akan menjadi salah satu tempat yang bakal dilawati. Haha...! 

     Setelah selesai proses imigresen dan juga kastam, kami terus ke kaunter National Express untuk mendapatkan informasi platform bas kami ke London. Memandangkan jam baru menunjukkan pukul 8.30 malam, kami meminta staf yang bertugas untuk menukarkan waktu perlepasan kami ke waktu yang lebih awal daripada waktu perlepasan bas yang ditempah iaitu pada pukul 10.00 malam. Akan tetapi, disebabkan tiket bas kami ni tiket Fun Fare atau tiket promo la lebih kurang, jadi staf tersebut tidak dapat memenuhi permintaan kami. Well, tak mengapa kerana nak bajet punyer pasal dan kami tak ada apa - apa agenda untuk malam ni di Kota London selain tidur, kami sanggup tunggu 1 jam 45 minit untuk ke London. 
Tiket bas National Express dari Stansted Airport ke London
Tepat jam 10.00 malam, bas pun bergerak meninggalkan Stansted Airport dan menuju ke kota London. Setibanya kami di Baker Street station, kami membeli tiket sehala ke Hounslow Central station, stesen Tube terdekat dengang hotel yang telah kami tempah. Pada mulanya, kami mahu membeli Oyster Card di kaunter kerana dengan menggunakan Oyster Card, kami dapat berjimat banyak untuk pengangkutan awam di London. Akan tetapi disebabkan hari sudah lewat malam, Oyster Card tidak dapat dijual, jadi bajet aku untuk hari ni sudah lari sedikit. :(

     Lebih kurang 40 minit perjalanan menaiki Tube, kami tiba di Hounslow Central. Tube merupakan panggilan untuk sistem pengangkutan metro di London. Alah, bendanya lebih kurang LRT kat Malaysia jer, tp lebih effisien dan rangkaiannya lebih luas. Dengan berbekalkan peta yang aku print sebelum berlepas dari KL, kami menemui hotel kami itu tanpa sebarang masalah walaupun hari dah larut malam. 

Pemandangan Etap Hotel Hounslow Central di siang hari.

Hotel yang kami tempah ialah Etap Hotel Hounslow Central. Etap Hotel merupakan salah satu rangkaian hotel bajet terbesar di benua Eropah. Ia juga merupakan anak syarikat kepada rangkaian Accor Hotels, salah satu rangkaian hotel terbesar di dunia. Kami telah menempah untuk menginap di hotel ini selama 3 malam dengan kadar GBP 36.00 semalam tanpa breakfast. Untuk add on breakfast, GBP 7.00 akan dicaj bagi setiap orang untuk sehari. Akan tetapi, disebabkan aku adalah member ISIC (International Student Identity Card), kami hanya perlu add on GBP 1.00 seorang untuk sehari. That was a pretty good deal. Kepada sesiapa yang masih tidak mengetahui tentang ISIC ni, sila rujuk postku berkenaan ISIC. Kami diberi bilik triple yang mempunyai satu katil double dan satu katil single yang diletakkan secara double dekker. Aku terlupa untuk mengambil snapshot hotel ini, jadi minta maaf sekalian. Hik2... Akan tetapi, gambar - gambar ini boleh didapati di laman web Etap Hotel http://www.etaphotel.com/gb/home/index.shtml

Hari Kedua (Khamis, Sept 23, 2010)

Setelah breakfast, kami menuju ke Houslow Central Tube station untuk membeli Oyster Card untuk perjalanan kami pada hari - hari berikutnya. Kos untuk Oyster Card adalah percuma, tetapi memerlukan deposit yang akan dikembalikan apabila kad ini dipulangkan dalam kondisi yang baik sekiranya tidak lagi memerlukan. Hari ini, kami akan menuju ke Stonehenge, susunan batu - batuan terkenal yang menjadi salah satu daripada 7 keajaiban dunia purba. Ia terletak di antara Salisbury dan Amesbury, lebih kurang 130 km dari pusat kota London. 

Kedudukan Stonehenge dari London. A adalah Kota London manakala B adalah Stonehenge.
Kami akan ke sana menaiki kereta api. Memandangkan kami akan menuju ke Barat Daya London, kami perlu ke Waterloo Station untuk menaiki kereta api ke Salisbury. Untuk informasi tambahan, terdapat 7 stesen kereta api utama di kota London yang menjadi terminal kereta api menuju ke destinasi - destinasi yang berlainan. Waterloo station merupakan terminal kereta api ke Selatan dan Barat Daya kota London, Paddington station terminal kereta api ke Barat kota London dan juga ekspres ke Heathrow Airport, St Pancras station pula terminal kereta api ke bahagian East Midlands dan juga Eurostar ke Paris dan Brussels, Victoria station adalah terminal kereta api ke Tenggara kota London dan ekspres ke Gatwick Airport, Liverpool Street station pula terminal kereta api ke Timur kota London dan ekspres ke Stansted Airport, King Cross adalah terminal kereta api ke Utara kota London dan Euston Station pula terminal kereta api ke Barat Laut kota London. Someone please correct me if I wrong on this.

Keadaan di dalam Waterloo Station

Display board waktu perlepasan kereta api di Waterloo Station

Booth tiket di Waterloo Station

     Tiket - tiket kereta api untuk ke Salisbury, stesen terdekat dengan Stonehenge telah aku tempah semasa aku di Malaysia lagi. Ini kerana, aku boleh mendapatkan tiket yang sangat murah dengan membuat tempahan awal ini. Maklumlah, nilai matawang UK sangat mahal, jadi kena la cari alternatif untuk mengurangkan kos. Akan tetapi, penempahan tiket awal ini ada juga pros and consnya. Kebaikan tempahan awal adalah dapat tiket murah, manakala keburukannya pula time restriction. Contohnya, sekiranya tren yang ditempah untuk pukul 10.00 pagi, walau apapun cara yang dibuat, kena la naik tren tu jer dan tak boleh minta tukar tren yang lebih awal atau selepas tu free of charge. Yes, boleh membuat permintaan, tetapi kosnya duit. Jadi, amatlah tidak sesuai untuk menghabiskan duit untuk penukaran tiket, jadi rancanglah perjalanan anda dengan terancang lebih awal. Hik2... Walau bagaimana pun, ini tak menjadi masalah kepada kami selagi kami mengikut plan asal yang telah aku siapkan awal - awal lagi. See, I have made the plan in advance so I got no problem with the time restriction. Kami akan menaiki tren ke Southampton dahulu, kemudian di situ kami akan transfer tren ke Salisbury. Sebenarnya, tren terus dari London ke Salibury ada tapi kosnya lebih mahal, jadi aku mencari alternatif yang amat ideal untuk mengurangkan kos tanpa membazirkan masa. 

Bergambar dulu sebelum menaiki tren ke Southampton
Dalam kes ni, perjalanan dari London ke Salisbury dengan tren terus mengambil masa selama 1 jam 45 minit, tetapi menaiki tren dengan satu transfer di Southampton mengambil masa selama 3 jam dengan masa menunggu untuk transfer sudah dicampur sekali. Tetapi, kos penjimatan yang kami dapat amatlah besar, iaitu sebanyak GBP 15.00 - GBP 20.00 seorang. Tiket murah ini aku tempah di Megabus & Megatrain websitehttp://uk.megabus.com/Default.aspx. Megabus & Megatrain merupakan agen jualan tiket murah bas dan tren ke seluruh United Kingdom dan juga Paris dan Brussels dengan permulaan tambang GBP 1.00. Jadi, tempahlah seawal mungkin untuk mendapatkan tiket yang murah dan berjimatlah habis - habisan. 

     Tren kami ke Southampton bertolak pada pukul 9.39 pagi dan mengambil masa selama 1 jam 30 minit menaiki tren Southwest. Dari Southampton, kami menaiki tren First Great Western ke Salisbury dan mengambil masa selama 30 minit. Semasa pertukaran tren, kami sempat berjalan - jalan keluar melawati bandar Southampton kerana perkhidmatan shuttle bus percuma ada disediakan untuk pusing - pusing bandar dari Southampton Central station ke Town Quay (Kapal Titanic dibina di sini) walaupun hanya mempunyai masa selama satu jam sahaja.

Pemandangan dari tren ke Salisbury

Shuttle Bus percuma di Southampton dioperasi oleh Citylink. Memandangkan Citylink telah menamatkan operasinya, Bluestar company telah mengambil alih perkhidmatan Shuttle Bus percuma ini [2012].
Setibanya kami di Salisbury Station, kami terus bergegas ke platform Stonehenge Tour Bus yang merupakan satu - satunya operator bas yang beroperasi dari Salisbury station. Bas ini beroperasi sekali setiap jam untuk musim - musim selain musim panas yang mana, ia beroperasi setiap setengah jam. Sekali lagi, disebabkan aku ni member ISIC, aku dan kakakku mendapat tambang pelajar GBP 15.00 daripada tambang biasa dewasa GBP 20.00. Tiket bas ini adalah tiket sepanjang hari dan termasuk tiket masuk ke Stonehenge yang bernilai GBP 7.50 dan juga Old Sarum yang bernilai GBP 4.00. Untuk maklumat lanjut, layari laman web http://www.thestonehengetour.info/

Salisbury Station

Salisbury Station

Stonehenge Tour Bus menunggu di depan Salisbury Station
     Perjalanan kami dari Salisbury Station ke Stonehenge melalui pekan Salisbury yang terletak 800 meter dari stesen dan juga kawasan ladang yang menghijau mengambil masa selama setengah jam.

Pemandangan di pekan Salisbury dari dalam Stonehenge Tour Bus
5 minit selepas keluar dari pekan Salisbury

Setibanya di Stonehenge, kami dan semua penumpang Stonehenge Tour Bus tidak lagi perlu membayar bayaran masuk kerana ia sudah termasuk dalam tambang tiket. Sedikit pengenalan tentang Stonehenge. Stonehenge merupakan susunan batuan purba yang membentuk bulatan. Ia dipercayai dibina pada zaman Neolitik kira - kira 5000 tahun dahulu. Terdapat banyak cerita mengenai fungsi Stonehenge untuk generasi pada zaman itu, ada yang percaya Stonehenge digunakan untuk upacara penyembahan matahari dan ada juga percaya ia digunakan untuk penyembahan orang yang telah mati. Walau apa pun tujuannya, Stonehenge merupakan salah satu keajaiban purba yang masih lagi menjadi tanda tanya sehingga hari ini, sebaris dengan Piramid di Giza, Mesir.

Stonehenge

Stonehenge

Orang ramai berpusu - pusu berjalan mengelilingi Stonehenge.

Bergambar berlatarkan Stonehenge

Stonehenge


Lukisan yang menunjukkan struktur sebenar Stonehenge
Alat Audio akan diberikan untuk menerangkan tentang sejarah Stonehenge dan juga kegunaannya oleh generasi zaman Neolitik


     Lebih kurang sejam kami tour Stonehenge, kami menaiki bas menuju ke Old Sarum. Perjalanan mengambil masa selama 20 minit untuk sampai ke Old Sarum, melalui kawasan - kawasan countryside England yang memukau mata melihatnya. Old Sarum merupakan tapak bersejarahah pendudukan manusia di Kepulauan British pada zaman Neolitik kira - kira 3000 BC. Peninggalan yang hanya boleh dilihat hari ini hanyalah cathedral yang telah dimusnahkan pada tahun 1219 di bawah pemerintahan King Henry VIII.


 Papan kenyataan di luar pintu masuk Old Sarum

 Pintu masuk Old Sarum

 Sedikit sebanyak sejarah mengenai Old Sarum

 Peninggalan Old Sarum
Peninggalan Old Sarum
     Selama sejam kami di Old Sarum, banyak input - input berguna yang telah dipelajari mengenai sejarah England sejak dari 3000BC lagi. Dalam perjalanan pulang, kami singgah sebentar di pekan Salisbury untuk makan tengahari walaupun jam sudah menunjukkan pukul 4.30 petang. Tepat jam 6.34 petang, kami bertolak dari Salisbury Station menuju ke Southampton dan tepat jam 7.55 petang, kami meninggalkan Southampton menuju ke London. 


Bersambung ke Budget Travel ke Bumi England Part II